Menu
快讀
  • 旅遊
  • 生活
    • 美食
    • 寵物
    • 養生
    • 親子
  • 娛樂
    • 動漫
  • 時尚
  • 社會
  • 探索
  • 故事
  • 科技
  • 軍事
  • 国际
快讀

Sikap perpuakan pemimpin PAS api-apikan hubungan orang Islam, bukan Islam

2019 年 7 月 23 日 reader

SHAH ALAM, 2 JUN: Sikap perpuakan dan perpecahan yang semakin menonjol di kalangan sebahagian pemimpin dan pengikut PAS kepada rakyat Malaysia amat dikesali.

Malang lagi apabila ada pemimpin PAS seolah-olah mengeluarkan 『fatwa』 bahawa mereka yang tidak menyokong agenda parti itu untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) tidak layak memasuki masjid.

「Adalah sangat memalukan buat seorang ustaz tidak tahu bahawa Islam itu bertapak dengan sifat-sifat universal yang sinonim dengan semua lapisan masyarakat.

「Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia, inilah masanya kita ingin memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat dan tempayan yang terbaik adalah sebuah masjid,」 kata Bendahari DAPSY Selangor, Mohamad Shakir Ameer.

Beliau menempelak kenyataan Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim seperti dilapor FreeMalaysiaToday semalam bahawa orang bukan Islam yang tidak menyokong RUU355 tidak patut memasuki masjid.

「Ini adalah sesuatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal

「Saya sangat pelik dengan Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) sekarang, dahulu mereka yang mengajak bukan islam berbuka puasa sekali, kini lain pula ceritanya.

「Bagi saya, PAS kini menunjukkan belangnya dengan menggunakan alasan kekurangan sokongan terhadap RUU355 untuk melagakan hubungan di antara orang Islam dan bukan Islam,」 katanya.

Menurut Shakir, sikap tidak bertanggungjawab yang semakin ditonjolkan pemimpin PAS kononnya demi menegakkan Islam melalui cara sedemikian amat berbahaya kepada masyarakat berbilang kaum dan agama. –Roketkini.com

Siapa bantah RUU 355 tak layak masuk masjid, kata PAS Sikap perpuakan pemimpin PAS api-apikan hubungan orang Islam, bukan Islam

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS Selangor hari ini berkata mereka yang menentang rang undang-undang (RUU) presiden parti itu untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah tidak layak mengunjungi masjid.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim bagaimanapun tidak secara langsung merujuk kepada bantahan beberapa NGO pro-Umno terhadap wakil rakyat PKR, Sivarasa Rasiah kerana hadir di program menyerahkan sumbangan dan buka puasa di sebuah masjid di kawasan Parlimennya.

Menurut Najhan, masjid hanya berhak diimarahkan oleh mereka yang beriman kepada Islam, dan oleh mereka yang tunduk 「sujud」 terhadap nilai Islam sama ada dalam bidang 「ekonomi, sosial, dan termasuk urusan undang-undang, politik dan pemerintahan」.

「Seorang yang bukan Islam tersebut yang jelas ketika di luar masjid, dialah yang kuat menentang Islam, menghalang usaha memartabatkan Islam, menghina Islam, memperkecilkan Islam dan undang-undangnya, mengajak dan bersekongkol dengan penentang Islam agar masyarakat Islam keliru dengan hakikat Islam yang sebenar, dialah juga kononnya hadir mengajak dan menyeru orang Islam melakukan kebaikan,」 tulisnya dalam artikel diterbitkan laman berita PAS, Harakahdaily, di bawah tajuk 「Antara ahli parlimen dan imarah masjid」.

「Apakah ini sandiwara? Sepatutnya mereka yang bukan Islam tidak seharusnya menentang Islam, umatnya serta urusannya kemudian datang pula ke masjid dengan menonjolkan diri bahawa mereka juga ingin bersama Islam,」 katanya.

Lawatan Sivarasa baru-baru ini ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang dipertikaikan beberapa NGO yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bertindak.

Mereka termasuk Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS).

Susulan itu, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim berkata tindakan Sivarasa memberikan ucapan di hadapan jemaah turut tidak disenangi Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagaimanapun, Sivarasa berkata beliau hanya menyampaikan ucapan 「Salam Ramadan」 kepada jemaah di samping menemani Radzlan menyampaikan sumbangan berjumlah RM71,000 kepada masjid berkenaan.

Najhan menyifatkan mereka yang menentang RUU yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, sebagai 「seteru kuat, mempersenda dan memperkecilkan」 Islam.

「Inilah idea dan pemikiran Islam sempit yang diimpikan oleh musuh iaitu Islam hanya sekadar tunduk dan sujud di dalam masjid, tetapi tiada roh dan penghayatan Islam di luarnya yang bersifat syumul dan sempurna. Mereka ingin melihat Islam itu tidak berperanan dan berfungsi dengan lengkap dalam aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

「Umat Islam yang turut memahami pemikiran begini juga perlu bermuhasabah dan menilai kembali pemahaman Islam dan masjid dengan sebenar,」 katanya.

Pihak berkuasa agama di Selangor kini sedang menyiasat pengurusan Masjid An-Nur atas dakwaan membenarkan ia digunakan untuk menyampaikan ceramah politik, tuduhan yang dinafikan Sivarasa dan pegawai PKR, Radzlan Jalaludin yang menemaninya.

 

相關文章:

  • Sejauh mana kuasa guru menghukum murid yang diperuntukkan…
  • Ramai guru sakit jiwa punca bebanan kerja sekolah
  • Bermain Meningkatkan Kemahiran Menulis -L
  • UPSR: Kirim salam kepada menteri -
  • 因哈迪的領導方式有別於聶老,更乖離原有鬥爭目標,丹州伊黨50人「出逃」加入巫統!
  • 【新聞回顧】馬來網站驚天踢爆,原來昨天巫統真的準備宣布重大消息:雪州變天!但是最終因為這個人出面阻止,納吉才變成了國際大…
馬來西亞

發佈留言 取消回覆

發佈留言必須填寫的電子郵件地址不會公開。 必填欄位標示為 *

©2025 快讀 | 服務協議 | DMCA | 聯繫我們